Thursday, December 13, 2012

LAWATAN SATU MALAYSIA 2012 PRASEKOLAH



PELAPORAN PELAKSANAAN

 LAWATAN 1 MALAYSIA

PRASEKOLAH SJK CHUNG HUA BATU 10

TAHUN 2012

KE

KAMPUNG BUDAYA SARAWAK

 

 

 

 

Disediakan oleh

CHONG CHOW FONG

Guru Prasekolah

10/09/2012

 

 

 

1. PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk merealisasikan Gagasan 1 Malaysia di peringkat prasekolah. Modul Aktiviti 1 Malaysia Peringkat Prasekolah telah dibekalkan kepada setiap sekolah untuk dijadikan panduan bagi tujuan perancangan dan pelaksanaan aktiviti 1 Malaysia. Maka dengan itu guru Prasekolah SJK Chung Hua Batu 10 telah menjalankan Lawatan 1 Malaysia ke Kampung Budaya Sarawak pada 7 hb September 2012. Lawatan ini adalah bagi mencapai objektif Gagasan 1 Malaysia di samping pemupukan cintakan bangsa dan negara di kalangan kanak-kanak prasekolah.  

 

2.  Pelaporan aktiviti

2.1  Jadual perlaksanaan

Aktiviti Lawatan 1 Malaysia melibatkan 3 orang guru pengiring, 7 orang ibu bapa atau penjaga dan 25 orang murid-murid prasekolah.  

No. aktiviti
Masa
Perkara yang dilakukan
 Catatan
1
6.30-7.30 pagi
·         Kanak-kanak lapor diri
·         Kanak-kanak makan sarapan yang disediakan oleh PPM
Burger ban
Kotak susu
Kotak  kecemasan
2
7.30- 9.00 pagi
·         Semua peserta naik bas
·         Bertolak ke Kampung Budaya
 
3
9.00 pagi
·         Sampai di Kampung Budaya
·         Semua peserta berkumpul
 
4
9.00 -9.30 pagi
·         Sambutan hari jadi kanak-kanak
Kek hari jadi
5
9.30 – 11.30 pagi
·         Aktiviti lawatan di sekitar Kampung Budaya Sarawak
 
6
11.30- 12.15 tengahari
·         Menonton persembahan tarian tradisional di dewan persembahan
 
7
12.15-12.30 tengahari
·         Kanak-kanak berkumpul untuk naik bus
 
8
12.30- 1.00 petang
·         Semua peserta makan tengahari di dalam bus
Nasi kotak
air botol
9.
1.00-2.30 petang
·         Balik ke SJK Chung Hua Batu 10
 

 

2.2 Perlaporan aktiviti

Pada pagi hari Jumaat (7 hb September 2012), Kanak-kanak dan ibu bapa atau penjaga sampai ke prasekolah seperti biasa. Guru dan pembantu pangasuh murid sedang sibuk menyediakan makanan sebagai sarapan pagi untuk kanak-kanak sebelum memulakan perjalanan lawatan ke Kampung Budaya Sarawak. Sarapan pada pagi ini ialah burger bun dan susu kotak. Kanak-kanak kelihatan sangat seronok menikmati sarapan pagi yang berkhasiat ini. Guru terus mengambil kedatangan murid semasa mereka sedang makan.
semua peserta naik bus

Selepas makan sarapan, masa bertolak pun sampai. Guru dan PPM mengarahkan kanak-kanak untuk bersedia naik bus dalam barisan. Ibu bapa turut serta menjaga keselamatan anak-anak. Pada pukul 7.30 pagi bas pun terus jalan setelah semua peserta naik bus. Kelihatan kanak-kanak sangat gembira duduk di dalam bus yang berhawa dingin dan selesa ini. Sepanjang perjalanan kanak-kanak duduk di tempat masing-masng dalam keadaan yang baik. Ada yang menyanyi kerana gembira. Cuaca pada pagi ini cerah. Bus mengambil masa selama 1 ½ jam untuk sampai ke Kampung Budaya. Pada pukul 9.00 pagi, bus pun sampai ke Kampung Budaya Sarawak dengan selamat.
hari jari Richard Lo Kuet Fook
 
Setelah sampai ke destinasi, guru mengarahkan semua peserta turun bas dan berkumpul di depan pintu masuk Kampung Budaya. Pada pagi yang bermakna ini, salah seorang ibu telah meminta kebenaran guru prasekolah untuk membuat sambutan hari jadi untuk anak beliau di tempat yang indah ini. Ibu yang penyayang ini telah menyediakan sebiji kek hari jadi yang besar dan cantik. Semua kanak-kanak berkumpul dan menyanyi lagu hari jadi. Semua kanak-kanak mendoakan kanak-kanak ini yang bernama Richard Lo Kuet Fu gembira dan sihat selalu. Agar sambutan hari jadi ini memberi kenangan manis untuk semua kanak-kanak.

Selepas itu, guru prasekolah pun  membayar tiket masuk ke dalam kampung Budaya. Semua kanak-kanak berkumpul dalam barisan. PPM membawa semua kanak-kanak pergi ke bilik air terlebih dahulu. Selepas itu, semua peserta pun memulakan perjalanan melawat ke rumah- rumah tradisional. Rumah-rumah tradisional ini termasuklah rumah Orang Cina etnik Hakka, rumah Orang Melayu, rumah Orang Bidayuh, rumah panjang Orang Iban, rumah panjang suku kaum Minangkabau, rumah Orang Melanau dan sebagainya. Kanak-kanak berpeluang melihat orang-orang dalam setiap rumah menjalankan aktiviti seperti membuat kuih muih, roti, koropok, barang perhiasan, menari, menyanyi, bermain gasing, bermain alat muzik, menenun kain, menjahit baju, mengukir, memburu dan sebagainya. Kanak-kanak kelihatan tidak rasa penat, bersemangat dan mereka terus lari berkeliaran tanpa rasa takut.
melawat ke rumah Orang Cina
 
Setelah melawat ke setiap rumah tradisional, pada pukul 11.15 pagi, guru pun membawa kanak-kanak dan para ibu bapa untuk mengunjung ke dewan pertunjukan. Semua peserta berkumpul di dalam dewan menanti masa persembahan tarian tradisional pelbagai kaum. Kanak-kanak seronok menonton persembahan tarian tradisional, tetapi ada di antara mereka tidak duduk dengan senyap, mereka bercakap dengan suara yang kuat dan agak bising. Ada pelancong tidak berpuas hati dengan sikap mereka yang kurang sopan. Guru terus tegur dan memberi amaran kepada mereka supaya mereka tidak membuat bising. 
rumah Orang Melayu

Pada pukul 12.15 tengahari, pertunjukan tarian tradisonal pun sampai ke penghujung. Semua kanak-kanak berkumpul dalam barisan untuk naik bas. Makanan tengahari yang dipesan daripada Mak Pah Café telah pun dihantar pada masa itu. Makanan tengahari ini ialah nasi campur dan air botol. Sebelum naik bas, semua peserta berkumpul di tempat masuk Kampung Budaya Sarawak untuk mengambil gambar kumpulan. Selepas itu, semua peserta pun naik bas. Para peserta makan tengahari di dalam bas sebelum bas jalan. Kelihatan kanak-kanak telah pun lapar dan mereka makan dengan keadaan gelojoh. Selepas makan, pada kira-kira pukul 1.00 petang, bas pun jalan balik ke SJK Chung Hua Batu 10.
kanak-kanak melihat pelbagai kratangan di rumah Orang Bidayuh
Aktiviti lawatan ke Kampung Budaya Sarawak telah pun sampai ke penghujung. Bas sampai ke SJK Chung Hua Batu 10 pada pukul 2.30 petang. Ibu bapa kanak-kanak telah pun menunggu ketibaan anak-anak mereka di prasekolah.  Guru mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang amat bekerjasama dalam menjaga keselamatan anak-anak semasa lawatan. Kami berasa sangat bersyukur kerana aktiviti lawatan 1 Malaysia berjalan dengan lancar. Semoga lawatan ini member impak yang bermakna dan kenangan manis kepada semua peserta.

2 comments:

  1. aktiviti melawat sambil belajar telah memberi peluang kepada kanak-kanak menimba ilmu pengetahuan mengenai kebudayaan Sarawak di samping mengeratkan perhubungan antara kanak-kanak dan ibubapa dengan guru prasekolah.

    ReplyDelete

thank you for you comment. come again!