Saturday, October 27, 2012

MENGAMALKAN PEMAKANAN YANG BERKHASIAT


Makanan adalah keperluan asas semua benda hidup. Kita harus bersyurkur kepada Tuhan kerana kita dibekalkan makanan yang mencukupi setiap hari. Terdapat pelbagai jenis makanan. Makanan-makanan ini dibahagi kepada 2 kategori utama, iaitu makanan yang berkhasiat dan makanan yang tidak berkhasiat. Makanan yang berkhasiat ialah makanan yang membantu tumbesaran tubuh badan, kaya dengan zat galian dan vitamin. Ia juga menguatkan imuniti tubuh badan, membantu pembinaan dan penggantian sel-sel tubuh badan, membantu mencegah pelbagai penyakit yang berbahaya. Makanan ini boleh dimakan setiap hari bagi menjaga kesihatan tubuh badan. 

 
Contoh makanan yang berkhasiat ialah nasi, roti,  bijirin dan oat yang kaya dengan karbohidrat, ia membekalkan kalori yang tinggi untuk membina tenaga sel. Selain itu buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan pelbagai vitamin, zat galian dan serat yang tinggi. Ia amat penting untuk proses penghadaman. Minuman seperti susu membekalkan kita protein dan kalsium. Permakanan yang betul harus diamalkan selalu terutamanya kanak-kanak. Ibu bapa yang prihatin harus memilih makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk si manja  agar mereka membesar dengan kuat dan sihat.


Contoh makanan yang tidak berkhasiat ialah  makanan rapu seperti gula-gula, aiskrim, coklat, koropok, humbuger, pizza, kentang goreng, minuman dalam tin yang manis, mi segera dan sebagainya. Ini kerana makanan ini mengandungi kandungan gula dan garam yang tinggi, lemak yang berlebihan, pewarna dan perasa yang tinggi. Makanan-makanan ini boleh menjejaskan kesihatan. Contohnya kanak-kanak selalu sakit gigi kerana banyak makan makanan manis seperti gula-gula, aiskrim dan coklat. Ada kanak-kanak yang selalu batuk kerana suka makan snek seperti keropok dan kentang goreng. Ada kanak-kanak menghidap penyakit obesiti(berat badan terlalu tinggi), kencing manis dan darah tinggi juga, kerana mereka sering makan pizza, humbeger, ayam goreng, minuman yang bergas dan mi segera. Semua makanan ini sangat sedap dirasa, tetapi jika diambil berlebihan akan membawa akibat yang teruk.


Maka, setelah mengetahui keburukan makanan-makanan yang tidak berkhasiat, mulai sekarang, kita haruslah mengamalkan permakanan yang betul. Diri anda adalah apa yang anda makan. Makanlah makanan yang betul bagi menjamin kesihatan tubuh badan kerana kesihatan badan ialah harta yang paling berharga. 



 

9 comments:

thank you for you comment. come again!